Islam adalah agama yang
adil.
Setiap manusia yang
melakukan kesalahan wajib dijatuhkan hukuman jika didapati bersalah.
Dalam Islam terdapat
undang-undang ta’zir, diyat, hudud dan qisas.
Ta’zir ertinya hukuman yang
ditetapkan oleh pemerintah sekarang disebut law maker. Walau bagaimana pun
hukum ta’zir ini tidak boleh melebihi diyat, hudud dan qisas.
Diyat ertinya jumlah bayaran
kepada keluarga si mati kerana tersalah bunuh. Iaitu 100 ekor unta.
Hudud ertinya ialah hukuman
mengikut kadar atau had tertentu. Pencuri yang didapati bersalah dipotong
tangannya iaitu hadnya dipergelangan tangan. Penzina yang telah didapati
bersalah hukumannya dihadkan kepada 100 rotan.
Qisas ialah hukum balas.
Iaitu hukuman balas kepada pembunuh yang dengan niat jika tidak diampun oleh
keluarga. Jika kaluarga memaafkan hanya bayar diyat.
Undang-undang Islam bertujuan
menegakkan keadilan, bukan untuk mengkayakan pihak-pihak tertentu melalui
bayaran-bayaran tertentu.